Wednesday, August 27, 2008

Minyak Pengasih

Pramugara dikatakan memikat tidak kurang 12 anak gadis golongan berada sebelum mengikis wang mereka. Masing-masing kerugian beribu-ribu puluh malahan ratusan ringgit selain kehormatan mereka diragut. Terlalu mudah sang pramugara memerangkap dengan bermodalkankan minyak pengasih yang digunakan untuk menundukkan wanita. Silap gadis-gadis itu juga, begitu mudah terpengaruh dengan ketampanan jejaka pramugara berkenaan. Mudah sangat jatuh cinta dan sanggup menggadai maruah. Usah salahkan minyak senyonyong tu. Sebelum nak dicalit atau dijampi serapah tentunya gadis itu sendiri yang beria-ia ingin berkenalan dengan jejaka berkenaan. Kalau tidak, masakan senang-senang ditundukkan? Betul ke duit habis sebanyak tu kerana si jantan tu? Bodoh betul anak-anak VIP ni, yang pergi cari kasanova, romeo, jantan kaberet! buat apa? Kan dah menyusahkan diri sendir. Barulah padan muka tu. Kalau sayang sangat dengan lelaki tu, tak payah nak keluar duit kerana dia. Dan jangan nak letakkan 100% cinta tu terhadapnya. Jantan ni penipu...!!!!

Tuesday, June 17, 2008

Kini segalanya telah berubah cintaku hanya memori indah. Ku ditinggalkan kesepian... Pilu hatiku dan jika ditanya tentang cinta, berbagai-bagai mewarnainya, ada cinta sejati
Ada cinta bawa bahagia, ada cinta yang sanggup merana. Sanggup berkorban apa saja, hilang kawan hilang keluarga. Hidup ini penuh pancaroba, janganlah derita kerana cinta
Sekali suara meyakinkan jiwa, kaku langkah mengaguminya, kaku menerimanya, Selagi hayat merasa siksanya, jangan lagi kau sesali keputusan tuk menderita. Sekira tak ingin semakin terluka, usah dipaksakan cinta ini meski tiada sanggup untuk kau terima.
Haruskah aku kembali untuk bersamamu duhai kekasihku. Haruskah ku tinggalkan semuanya yang kumiliki untuk hidup bersamamu. Beri lah aku satu keyakinan, kekuatan, kesungguhan untuk bisa tinggalkan semua untuk mu duhai kekasihku untuk hidup bersamamu. Kini Segalanya telah berubah cintaku hanya memori indah.Ku ditinggalkan kesepian oh pilunya hatiku. Wahai kau cinta sunguh tak ada yang bisa. Mampu berpaling darimu bila terlanjur sayang. Wahai kau cinta yang luluhkan hati ini. Membuat sgalanya indah semua karena cinta. Sebelum kau benar-benar pergi. Ucapkan satu kata yang tulus. Bahwa kau mencintai diriku sepenuh hatimu. Dan aku merasakan kau selalu di sini. Entah mengapa hatiku terus gelisah
apa yang kan terjadi, air mata pun jatuh tak tertahan melihatmu terdiam, ternyata kau pergi tuk selamanya tinggalkan diriku dan cintaku. Mestinya kau tak usah ucapkan janji-janji sebelum kau pergi. Bila ternyata selalu kau ingkari.

Wednesday, June 04, 2008

Ayam betina bertaji

Ini adalah keluhan anak bujang aku:

"Aku sudah terbaca beberapa rencana mengenai ayam betina bertaji. Apa keistimewaan haiwan ini? Sebelum ini aku ada juga memelihara seekor ayam betina yang mempunyai ciri-ciri berkenaan. Aku rasa ayam aku ni jenis pondan... sebab apa aku kata begitu.... sebab ayam ni secara fizikal ianya ayam betina... tapi mempunyai taji macam ayam jantan malah lagi tajam dari ayam jantan tulin... yang menjadi pelik bagi aku... ayam betina ni mengejar ayam betina yang lain (t.s.t) sudahlah... lesbian kot! Baru aku cadang-cadang nak masuk dalam akhbar ayam betina aku dah kena sambar musang... melepas aku nak tumpang glamur sekejap... Sebelum ayam ni menghilang, dia ada bertelur dan mengeram... telor-telornya pula kini habis dimakan biawak... banyak sangat musuh! Terasa rindu pula aku dengan ayam aku tu... Mak aku bising... daripada aku merindu ayam yang hilang tu... lebih baik aku merindu seorang perempuan... dapat juga dia menimang cucu bila sudah berumahtangga kelak... hehehehe... mak aku ni main sedap cakap aje... macamlah ada orang nak kan aku... Sekarang ni aku beralin memelihara ikan hiasan... tenang jiwa aku bila melihat ikan-ikan tu berenang... rasa nak sama-sama berenang..."

Tuesday, June 03, 2008

Amuk

Mengamuk meroboh penghadang, penduduk setempat dituduh... sedangkan yang melakukannya orang luar entah dari mana dan termasuklah penduduk Bandar Mahkota Cheras. Kami penduduk Batu 10 langsung tidak terlibat... malah merasa benci dengan tindakan ganas yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bermoral itu. Sebelum PKR menerajui Selangor, jalan di persimpangan ke Bandar Mahkota Cheras begitu aman dan tak pernah sesak. Tapi apabila dibuka... hari-hari sesak... tak kira masa...! Mereka yang lalu di jalan berkenaan sebenarnya hendak mengelakkan tol di Plaza Tol Batu 11... sebab itulah sanggup bersesak dan menjadikan tempuh laluan hendak ke Cheras Perdana dan kawasan sekitarnya mengambil masa berjam untuk sampai. Terutamanya di waktu-waktu pagi pergi kerja dan petang waktu pulang kerja. Di harap jangan dipersalahkan atau disalah anggap penduduk Batu 10 yang melakukan perbuatan tak bermoral itu. Persimpangan masuk ke Bandar Mahkota Cheras dalam lingkungan kawasan Batu 10... Kenapalah orang-orang ini sanggup berkhemah beramai-ramai memasang sepanduk masing-masing menunjuk-nunjuk keperkasaan mereka seolah tak ada sesiapa pun boleh sentuh hak mereka. Lihat sajalah jalan masuk ke BMC berbatu-batu jauhnya... ikut sajalah jalan di Sg Long tu... kan lagi dekat! Akui sajalah nak elak TOL! dan kalau tak ada Tol jln tu pun akan sunyi...

Friday, May 30, 2008

nuang oh nuang

Aku hendak tahu lebih detail lagi tentang Gunung Nuang. Dari mana hendak mula.... apa nama sungai yang mengalir dari atas gunung tu? Di kem pacat tu betul ke tak ada pacat? Berapa jam boleh sampai ke puncak... Apa nama sungai yang ada di kem Lolo tu? Ada air terjun ke?