Wednesday, August 27, 2008

Minyak Pengasih

Pramugara dikatakan memikat tidak kurang 12 anak gadis golongan berada sebelum mengikis wang mereka. Masing-masing kerugian beribu-ribu puluh malahan ratusan ringgit selain kehormatan mereka diragut. Terlalu mudah sang pramugara memerangkap dengan bermodalkankan minyak pengasih yang digunakan untuk menundukkan wanita. Silap gadis-gadis itu juga, begitu mudah terpengaruh dengan ketampanan jejaka pramugara berkenaan. Mudah sangat jatuh cinta dan sanggup menggadai maruah. Usah salahkan minyak senyonyong tu. Sebelum nak dicalit atau dijampi serapah tentunya gadis itu sendiri yang beria-ia ingin berkenalan dengan jejaka berkenaan. Kalau tidak, masakan senang-senang ditundukkan? Betul ke duit habis sebanyak tu kerana si jantan tu? Bodoh betul anak-anak VIP ni, yang pergi cari kasanova, romeo, jantan kaberet! buat apa? Kan dah menyusahkan diri sendir. Barulah padan muka tu. Kalau sayang sangat dengan lelaki tu, tak payah nak keluar duit kerana dia. Dan jangan nak letakkan 100% cinta tu terhadapnya. Jantan ni penipu...!!!!