Friday, June 26, 2009
sila ke - zaraaluwi.com
zaraaluwi.com terima kasih.
Thursday, May 14, 2009
Athira - Nostalgia
Sungai Sering
Selesai menoreh, Nenek Kamariah akan membawa joran di tepi tebing Sungai Sering sambil-sambil menikmati air kopi bersama ubi rebus bersama cucunya. Athira juga membawa jorannya. Umpan yang diperbuat daripada biji getah rebus yang dilenyek lumat bersama biskut lemak, digentel-gentel halus sebesar sagu mata ikan kasar oleh Nenek Kamariah. Umpan yang siap digentel itu disematkannya ke mata kail Athira. Kemudian mata kailnya pula. Athira sudah pun menurunkan tali tangsinya.
‘Teragak pulak hari ni, aku nak masak lauk tempoyak ikan.’ Bisik hatinya ketika menurunkan tali tangsi ke dalam air.
“Wahhh! Betullah ikan Kelah. Pandai cucu nenek,” Nenek Kamariah segera membantu Athira agar ikan yang sedang melenting-lenting, tidak terlepas ke dalam air sungai semula.
Athira begitu gembira mendapat ikan Kelah pada hari itu. Tidak pernah lagi pancingnya dapat menangkap ikan berkenaan. Kegembiraannya itu akan dikongsi cerita bersama rakan sekolahnya nanti. Matahari sudah hampir meninggi, Athira harus pulang untuk ke sekolah.
“Nek... marilah kita balik. Tia nak pergi sekolah lepas ni,” Athira mengajak neneknya pulang.
Hari itu, Nenek Kamariah memberi belanja dua puluh sen kepada Athira untuk berbelanja di waktu rehat. Kebiasaannya dia diberi sepuluh sen sahaja. Ubi rebus untuk sarapan pagi tadi sudah membuatkan perutnya kekenyangan. Athira pandai berjimat. Dia jarang membelanjakan duit pemberian Nenek Kamariah. Duit akan disimpan ke dalam tabung buluh yang dibuat oleh Nenek Kamariah untuknya. Simpanan itu untuk pembelian buku dan baju sekolah tahun depan.
“Nek... tengok ni... bijih kasar!” Athira tersenyum sambil membubuh pasir bercampur lumpur putih ke dalam dulang melanda bijih.
Dia menyodok lagi di tempat yang sama. Perlahan-lahan dinaikkan sekop yang gandarnya lebih tinggi daripadanya. Sambil kaki kanan yang mengenakan kasut fung keong sekolah lama yang sudah bocor bersaizkan nombor 3 itu, menekan-nekan supaya skop terbenam lebih dalam.
Fikirannya kembali kepada kaki yang sedang menekan sekop. Perlahan-lahan dia menyongket lalu mengangkat ke permukaan air. Memang berat dia mengangkat pasir bercampur lumpur putih itu. Dia inginkan kaupan kali ini lebih banyak. Maka lebih banyak bijih kasar bakal diperolehi. Biar dia sahaja bersusah payah membongkah batu dalam sungai. Dia tidak mahu Nenek Kamariah melakukannya. Dia tidak mahu neneknya sakit-sakit sendi atau sesak nafas. Biar neneknya membuat kerja ringan iaitu mendulang sahaja. Kalau boleh, dia ingin melakukan semua kerja-kerja itu. Biar neneknya duduk di tepi pantai sungai memerhatinya sahaja.
Dia mahukan neneknya sihat selalu. Athira sayangkan neneknya. Dialah ibu, dialah bapa, dialah segalanya. Hanya Nenek Kamariah yang menyayanginya. Athira anak tunggal, anak terbiar lagi yatim piatu. Walaupun, pada hakikatnya dia memiliki kedua-dua mereka. Jamlus ayah Athira, sejak bercerai dengan Raihanum emak Athira, tidak pernah bertanya khabar atau menjenguk Athira. Malah tidak pernah menghulurkan nafkah untuk sara hidup anak tunggalnya bersama Raihanum.
Kerana itu, maka Nenek Kamariah menganggap Jamlus sudah ‘mati’. Ada kalanya dia terasa berdosa meniatkan Jamlus mati dan menipu Athira. Anak yang tidak pernah ketemu dan mengenal siapa ayahnya itu. Raihanum sudah berkahwin semula bersama jejaka bernama Mahadi yang bertugas di PPH Btn ke 7 di Ampangan dan kini sudah mempunyai dua orang anak. Sejak berpindah ke Ampangan, Raihanum jarang sekali pulang menjenguk Athira.
“Tia... bila besar nanti Tia nak jadi apa?” Nenek Kamariah bertanya bagi memberi semangat kepada cucunya yang sedang mencurahkan pasir lumpur dari dalam sekop ke dulang lampan.
“Tia nak jadi cik gu nek... nanti Tia boleh rotan budak-budak jahat!” Athira tersengih lalu meneruskan kerjanya.
Nenek Kamariah merenung bibir mongil Athira yang sudah kebiruan kerana kesejukan. ‘Eloklah berhenti kejap... kasihan Tia. Tentu dia dah lapar,’ ujar Nenek Kamariah di dalam hati. Tangannya mengoleng-oleng papan lampan di permukaan air supaya segala pasir dan lumpur tercampak keluar dari dulang dan meninggalkan bijih semata.
Bijih yang berona coklat pekat itu dikumpul ke dalam sebuah bekas tempurung. Sungai Sering ini memang berbijih. Hanya beberapa orang penduduk sahaja yang turun mencarinya. Nenek Kamariah mendulang di sempadan tanahnya sahaja. Dia tidak akan berganjak ke kawasan lain. Dia tidak mahu dituduh kerana membuatkan tanah runtuh akibat menggali tanah lumpur untuk mendapatkan bijih.
Jam 5.00 petang barulah Nenek Kamariah beransur pulang. Selesai solat asar, dia menghidupkan api dapur kayu untuk menanak nasi seperiuk kecil. Di sebelah periuk nasi, tertenggek sebuah kuali kecil yang berisi bijih yang diperolehinya tadi. Tujuannya untuk mengeringkan bijih berkenaan. Setelah ditampi untuk mengasingkan bijih dan amang, bijih berkenaan akan dikumpul ke dalam pundi kain. Sebulan sekali Nenek Kamariah akan menjualkannya kepada Ah Sing, tauke bijih di pekan Kajang.
Nenek Kamariah ke belakang rumah untuk memetik cili kampung beberapa biji dan mencapai empat biji limau kasturi dari pokoknya. Untuk makan malam, dia bercadang untuk membuat sambal belacan ikan salai sahaja. Cucunya, Athira gemar ikan salai yang ditumbuk bersama sambal belacan. Kemudian digaul-gaul dengan nasi ketika masih panas. Itulah makan malam mereka, cukup sederhana. Nenek Kamariah berasa bersyukur kerana cucunya tidak banyak kerenah. Semata-mata berlaukkan kicap pun, Athira akan memuji-muji masakan neneknya paling sedap.
Tidak seperti anak-anak Andak, cucu-cucu dari anak keduanya itu. Tidak mahu makan ikan sungai dan sayur-sayur kampung. Tahunya, mereka makan berlaukkan hati masak kicap, daging masak lemak atau kari giling. Maklumlah, bapa mereka tauke lembu. Tentunya hari-hari boleh makan daging. Dalam pada itu, jenuhlah Andak menggiling cili dan rempah setiap hari. Kadang-kadang, bila Andak sudah tidak larat menggiling, dia akan membeli rempah kari dari Minah Malbari. Rempah kari Minah Malbari laris terjual di pasar. Kalaulah suaminya tahu, tentu Andak dimarahinya.
Kamal suami Andak, jijik hendak makan air tangan Minah Malbari. Setiap kali Minah Malbari menggiling rempah, anak-anaknya seramai enam orang yang selekeh dengan hingus meleleh selalu menggangu. Minah Malbari tidak mengendahkan perangai anak-anaknya yang bermain-main di sekelilingnya. Ada yang mengacau-ngacau rempah yang sudah siap digiling sambil sebelah tangan menggesel-gesel hingus.
Kamal sudah nampak berkali-kali. Dia begitu jijik. Walaupun tugasnya hari-hari bergelumang dengan tahi lembu, tetapi dia tidaklah sepengotor Minah Malbari kerana membiarkan anak-anak mencemari bahan pemakanan. Apabila Kamal ke pasar Kajang, dia akan tersenyum sambil mencebik bibir apabila melihat ramai suri rumah membeli rempah-rempah giling Minah Malbari.
Monday, May 11, 2009
Thursday, May 07, 2009
Ikan kekek mak eloi eloi
Dua jam selepas aku mengambil gambarnya beginilah keadaannya.
Inilah Ikan KALOI peliharaanku yang sudah tiada lagi di dunia ini...
Sekarang akuarium kosong tiada berpenghuni.
Go Barca go...
Gol Andres Iniesta pada minit akhir perlawanan meranapkan terus impian Chelsea. Peter Cech tak mampu berbuat apa-apa. Gol minit akhir itu melenyapkan terus impian Chelsea dan meratap kerana Barcelona akhirnya menjadi lawan Manchester United pada perlawanan akhir liga juara-juara hujung bulan ini.
Barcelona akan bertemu penyandang juara, Manchester United di perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.
Wednesday, April 15, 2009
Sup Mangga
Sunday, April 12, 2009
Mesyuarat JKKK Batu 10
11/4/09 Bertempat di Pejabat Penghulu, untuk pertama kalinya aku menghadiri mesyuaarat JKKK Batu 10. Aku menghantar 3 cadangan melalui surat. Aku tahu, bila dah ramai tentu kesuntukan masa dan aku tentu tidak berpeluang mengemukakan cadangan. Cadangan aku diterima dan dibaca. Terima kasih pengerusi.
Ahli Majlis Perbandaran Kajang, begitu dukacita kerana kerusi banyak yang tidak dipenuhi. Ramai yang tidak hadir. Ketua Kampung menganggarkan seramai 300 orang akan hadir. Tetapi hari itu cuma dalam 50 orang sahaja yang hadir. Kemana perginya ketua rumah agaknya ya?
Banyak perkara diterangkan terutamanya mengenai kawasan kampung dan aku gembira kerana Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil tanah-tanah Melayu di bawah Malay Reservations.
Namun, aku tidak kesempatan untuk mengemukan persoalan tentang tanah Melayu ini. Tanah milik keluarga aku sudah mencapai tempuh expired 99 tahun. Apa akan jadi dengan tanah berkenaan. Adakah Kerajaan akan menukar syarat adan menyambung hakmilik. Langsung tidak berpeluang hendak bertanya. Aku pula terlupa hendak masukkan ke dalam surat cadangan sebelumnya.
Mungkin, kalau ada mesyuarat akan datang, aku akan kemukankan pertanyaan ini.
Friday, February 27, 2009
Salam Perkenalan....
Wednesday, August 27, 2008
Minyak Pengasih
Tuesday, June 17, 2008
Kini segalanya telah berubah cintaku hanya memori indah. Ku ditinggalkan kesepian... Pilu hatiku dan jika ditanya tentang cinta, berbagai-bagai mewarnainya, ada cinta sejati
Ada cinta bawa bahagia, ada cinta yang sanggup merana. Sanggup berkorban apa saja, hilang kawan hilang keluarga. Hidup ini penuh pancaroba, janganlah derita kerana cinta
Sekali suara meyakinkan jiwa, kaku langkah mengaguminya, kaku menerimanya, Selagi hayat merasa siksanya, jangan lagi kau sesali keputusan tuk menderita. Sekira tak ingin semakin terluka, usah dipaksakan cinta ini meski tiada sanggup untuk kau terima.
Haruskah aku kembali untuk bersamamu duhai kekasihku. Haruskah ku tinggalkan semuanya yang kumiliki untuk hidup bersamamu. Beri lah aku satu keyakinan, kekuatan, kesungguhan untuk bisa tinggalkan semua untuk mu duhai kekasihku untuk hidup bersamamu. Kini Segalanya telah berubah cintaku hanya memori indah.Ku ditinggalkan kesepian oh pilunya hatiku. Wahai kau cinta sunguh tak ada yang bisa. Mampu berpaling darimu bila terlanjur sayang. Wahai kau cinta yang luluhkan hati ini. Membuat sgalanya indah semua karena cinta. Sebelum kau benar-benar pergi. Ucapkan satu kata yang tulus. Bahwa kau mencintai diriku sepenuh hatimu. Dan aku merasakan kau selalu di sini. Entah mengapa hatiku terus gelisah
apa yang kan terjadi, air mata pun jatuh tak tertahan melihatmu terdiam, ternyata kau pergi tuk selamanya tinggalkan diriku dan cintaku. Mestinya kau tak usah ucapkan janji-janji sebelum kau pergi. Bila ternyata selalu kau ingkari.


