Wednesday, July 22, 2009





Rasanya, semua orang ketahui dan maklum tentang penipuan iklan di akhbar mengenai perkara di atas ini. Kisah ini kisah benar kerana aku ingin memberitahu kepada semua pembaca blog ini agar tidak tertipu dengan kerja sambilan di rumah yang diuar-uarkan orang individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan ingin cari duit mudah.






Modus operandinya ialah kerja sambilan di rumah yang memerlukan pekerja untuk mengisi atau membuat kerja mengepos sampul surat berisi risalah kepada pelanggan syarikat mereka.
Kemudian mereka akan menyatakan kita telah salah faham dan menyuruh kita pula melakukan kerja yang sama seperti mereka mengiklankan kerja sambilan yang langsung tidak wujud. Jadi hangus sajalah wang pendaftaran sebanyak RM30.00 itu. Sekiranya kita rasa ingin mendapatkan kembali wang berkenaan terpaksalah keluar duit untuk membuat iklan dan menunggu ada mangsa yang terjerat perangkap kita pula.



Ingat kita sedap hati ke menipu orang dengan cara begitu? Kepada orang yang memulakan cara kotor ini, bawa-bawalah bertaubat menipu orang hidup-hidup! Hasil pendapatan dari cara menipu itu adalah haram untuk kamu dan keluarga kamu makan.

Saturday, July 04, 2009

Friday, June 26, 2009

sila ke - zaraaluwi.com

Di harap rakan-rakan blog yang melewati blog ini dapat berkunjung ke blog saya di -

zaraaluwi.com terima kasih.

Thursday, May 14, 2009

Athira - Nostalgia




Sungai Sering



Sebelum ke sekolah, Athira yang sudah di dalam darjah lima itu akan membantu neneknya ke kebun di baruh. Kebun getah seluas tiga ekar adalah peninggalan arwah suami kedua Nenek Kamariah. Di tanah selebar tiga ekar itu juga, ada sepuluh batang pokok durian kampung, pokok-pokok pisang, rambutan, manggis, jambu jambak malah segala jenis pokok buah-buahan ada. Pagi-pagi lagi, Nenek Kamariah akan membancuh kopi dan diisi ke dalam botol kaca dan ditutup muncungnya dengan gabus. Ubi yang digali kelmarin, direbus untuk dijadikan sarapan. Athira tentu akan berasa lapar selepas kepenatan melendat lalang. Nenek Kamariah menyuruh Athira melendat sahaja bagi memudahkannya untuk menoreh dari satu pokok ke satu pokok yang lain.


Selesai menoreh, Nenek Kamariah akan membawa joran di tepi tebing Sungai Sering sambil-sambil menikmati air kopi bersama ubi rebus bersama cucunya. Athira juga membawa jorannya. Umpan yang diperbuat daripada biji getah rebus yang dilenyek lumat bersama biskut lemak, digentel-gentel halus sebesar sagu mata ikan kasar oleh Nenek Kamariah. Umpan yang siap digentel itu disematkannya ke mata kail Athira. Kemudian mata kailnya pula. Athira sudah pun menurunkan tali tangsinya.

‘Teragak pulak hari ni, aku nak masak lauk tempoyak ikan.’ Bisik hatinya ketika menurunkan tali tangsi ke dalam air.

Nenek Kamariah menenyeh-nenyeh songel tembakau untuk bersugi. Kemudian diselitkan songel sebesar ibu jari itu ke celah bibir atas. Kelihatan tersentil menjungkit bibirnya. Bibir kemerahan terkumat kamit kerana mengunyah sireh. Pandangannya diberi tumpuan ke benang tangsi yang cuba dipermain-main ikan. Entah ikan apa yang mempersendakan jorannya tidak diketahuinya. Joran direntap ke atas.

Tak guna!’ Nenek Kamariah meludah.

Dia marah kerana ikan mempermainkannya. Hampir tersembur songel yang tersentil di bibirnya. Cepat-cepat dia menyelitkan semula ke bawah bibir. Kali ini dia membenamkan semula umpan yang terkait di mata kail. Perlahan-lahan diturunkan. Matanya memandang ke arah Athira yang sedang menikmati ubi rebus.

‘Lapar cucu aku ni,’ dia tersenyum sendirian.

Tia... tengok joran tu... dah bergoncang! Tarik cepat!” teriak Nenek Kamariah.

Athira segera mencapai joran lalu cuba menariknya. Terasa jorannya ditarik kuat. Athira sudah biasa memancing. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia perlu sabar dan membiarkan ikan menarik tali tangsi seketika. Joran direbahkan sambil itu dia menarik kuat. Nenek Kamariah memerhati kecekapan cucunya sambil tersenyum. Dia tahu, cucunya pasti boleh menaikkan ikan yang terkena umpan itu.

“Tu, mesti ikan besar.” Nenek Kamariah mengagak.

Kuat ikan ni tarik nek! Tia rasa ini ikan Kelah!” sahut Athira sambil melakukan sungkitan joran agar ikan terkeluar ke permukaan air.

“Wahhh! Betullah ikan Kelah. Pandai cucu nenek,” Nenek Kamariah segera membantu Athira agar ikan yang sedang melenting-lenting, tidak terlepas ke dalam air sungai semula.

Athira begitu gembira mendapat ikan Kelah pada hari itu. Tidak pernah lagi pancingnya dapat menangkap ikan berkenaan. Kegembiraannya itu akan dikongsi cerita bersama rakan sekolahnya nanti. Matahari sudah hampir meninggi, Athira harus pulang untuk ke sekolah.


“Nek... marilah kita balik. Tia nak pergi sekolah lepas ni,” Athira mengajak neneknya pulang.
Hari itu, Nenek Kamariah memberi belanja dua puluh sen kepada Athira untuk berbelanja di waktu rehat. Kebiasaannya dia diberi sepuluh sen sahaja. Ubi rebus untuk sarapan pagi tadi sudah membuatkan perutnya kekenyangan. Athira pandai berjimat. Dia jarang membelanjakan duit pemberian Nenek Kamariah. Duit akan disimpan ke dalam tabung buluh yang dibuat oleh Nenek Kamariah untuknya. Simpanan itu untuk pembelian buku dan baju sekolah tahun depan.


Setiap kali cuti sekolah, Athira akan mengikut Nenek Kamariah masuk ke dalam Sungai Sering untuk mendulang bijih timah. Kebiasaannya selepas menoreh getah, Nenek Kamariah akan turun ke dalam sungai bersama lampan dan sekop untuk mengorek pasir mendapatkan bijih. Malahan di setiap hujung minggu, Athira akan diajak untuk melampan bijih.

“Nek... tengok ni... bijih kasar!” Athira tersenyum sambil membubuh pasir bercampur lumpur putih ke dalam dulang melanda bijih.

Dia menyodok lagi di tempat yang sama. Perlahan-lahan dinaikkan sekop yang gandarnya lebih tinggi daripadanya. Sambil kaki kanan yang mengenakan kasut fung keong sekolah lama yang sudah bocor bersaizkan nombor 3 itu, menekan-nekan supaya skop terbenam lebih dalam.
Kasut tahun sudah, tidak boleh digunakan lagi. Sudah koyak rabak besar, lagi pun sudah hampir terbakar semasa mendiangkannya ke atas dapur kayu. Hujan berturut-turut telah membuatkan kasut sekolahnya tidak kering, maka terpaksa dipanggang atas bara. Athira tersenyum-tersenyum apabila mengingatkan kasut yang dipakainya itu hangit terbakar. Mujurlah sempat dia menghabiskan tahun persekolahan menggunakan kasut berkenaan.

Fikirannya kembali kepada kaki yang sedang menekan sekop. Perlahan-lahan dia menyongket lalu mengangkat ke permukaan air. Memang berat dia mengangkat pasir bercampur lumpur putih itu. Dia inginkan kaupan kali ini lebih banyak. Maka lebih banyak bijih kasar bakal diperolehi. Biar dia sahaja bersusah payah membongkah batu dalam sungai. Dia tidak mahu Nenek Kamariah melakukannya. Dia tidak mahu neneknya sakit-sakit sendi atau sesak nafas. Biar neneknya membuat kerja ringan iaitu mendulang sahaja. Kalau boleh, dia ingin melakukan semua kerja-kerja itu. Biar neneknya duduk di tepi pantai sungai memerhatinya sahaja.


Dia mahukan neneknya sihat selalu. Athira sayangkan neneknya. Dialah ibu, dialah bapa, dialah segalanya. Hanya Nenek Kamariah yang menyayanginya. Athira anak tunggal, anak terbiar lagi yatim piatu. Walaupun, pada hakikatnya dia memiliki kedua-dua mereka. Jamlus ayah Athira, sejak bercerai dengan Raihanum emak Athira, tidak pernah bertanya khabar atau menjenguk Athira. Malah tidak pernah menghulurkan nafkah untuk sara hidup anak tunggalnya bersama Raihanum.


Kerana itu, maka Nenek Kamariah menganggap Jamlus sudah ‘mati’. Ada kalanya dia terasa berdosa meniatkan Jamlus mati dan menipu Athira. Anak yang tidak pernah ketemu dan mengenal siapa ayahnya itu. Raihanum sudah berkahwin semula bersama jejaka bernama Mahadi yang bertugas di PPH Btn ke 7 di Ampangan dan kini sudah mempunyai dua orang anak. Sejak berpindah ke Ampangan, Raihanum jarang sekali pulang menjenguk Athira.

“Tia... bila besar nanti Tia nak jadi apa?” Nenek Kamariah bertanya bagi memberi semangat kepada cucunya yang sedang mencurahkan pasir lumpur dari dalam sekop ke dulang lampan.

“Tia nak jadi cik gu nek... nanti Tia boleh rotan budak-budak jahat!” Athira tersengih lalu meneruskan kerjanya.

Nenek Kamariah merenung bibir mongil Athira yang sudah kebiruan kerana kesejukan. ‘Eloklah berhenti kejap... kasihan Tia. Tentu dia dah lapar,’ ujar Nenek Kamariah di dalam hati. Tangannya mengoleng-oleng papan lampan di permukaan air supaya segala pasir dan lumpur tercampak keluar dari dulang dan meninggalkan bijih semata.

Bijih yang berona coklat pekat itu dikumpul ke dalam sebuah bekas tempurung. Sungai Sering ini memang berbijih. Hanya beberapa orang penduduk sahaja yang turun mencarinya. Nenek Kamariah mendulang di sempadan tanahnya sahaja. Dia tidak akan berganjak ke kawasan lain. Dia tidak mahu dituduh kerana membuatkan tanah runtuh akibat menggali tanah lumpur untuk mendapatkan bijih.

Jam 5.00 petang barulah Nenek Kamariah beransur pulang. Selesai solat asar, dia menghidupkan api dapur kayu untuk menanak nasi seperiuk kecil. Di sebelah periuk nasi, tertenggek sebuah kuali kecil yang berisi bijih yang diperolehinya tadi. Tujuannya untuk mengeringkan bijih berkenaan. Setelah ditampi untuk mengasingkan bijih dan amang, bijih berkenaan akan dikumpul ke dalam pundi kain. Sebulan sekali Nenek Kamariah akan menjualkannya kepada Ah Sing, tauke bijih di pekan Kajang.

Nenek Kamariah ke belakang rumah untuk memetik cili kampung beberapa biji dan mencapai empat biji limau kasturi dari pokoknya. Untuk makan malam, dia bercadang untuk membuat sambal belacan ikan salai sahaja. Cucunya, Athira gemar ikan salai yang ditumbuk bersama sambal belacan. Kemudian digaul-gaul dengan nasi ketika masih panas. Itulah makan malam mereka, cukup sederhana. Nenek Kamariah berasa bersyukur kerana cucunya tidak banyak kerenah. Semata-mata berlaukkan kicap pun, Athira akan memuji-muji masakan neneknya paling sedap.

Tidak seperti anak-anak Andak, cucu-cucu dari anak keduanya itu. Tidak mahu makan ikan sungai dan sayur-sayur kampung. Tahunya, mereka makan berlaukkan hati masak kicap, daging masak lemak atau kari giling. Maklumlah, bapa mereka tauke lembu. Tentunya hari-hari boleh makan daging. Dalam pada itu, jenuhlah Andak menggiling cili dan rempah setiap hari. Kadang-kadang, bila Andak sudah tidak larat menggiling, dia akan membeli rempah kari dari Minah Malbari. Rempah kari Minah Malbari laris terjual di pasar. Kalaulah suaminya tahu, tentu Andak dimarahinya.

Kamal suami Andak, jijik hendak makan air tangan Minah Malbari. Setiap kali Minah Malbari menggiling rempah, anak-anaknya seramai enam orang yang selekeh dengan hingus meleleh selalu menggangu. Minah Malbari tidak mengendahkan perangai anak-anaknya yang bermain-main di sekelilingnya. Ada yang mengacau-ngacau rempah yang sudah siap digiling sambil sebelah tangan menggesel-gesel hingus.

Kamal sudah nampak berkali-kali. Dia begitu jijik. Walaupun tugasnya hari-hari bergelumang dengan tahi lembu, tetapi dia tidaklah sepengotor Minah Malbari kerana membiarkan anak-anak mencemari bahan pemakanan. Apabila Kamal ke pasar Kajang, dia akan tersenyum sambil mencebik bibir apabila melihat ramai suri rumah membeli rempah-rempah giling Minah Malbari.

Sedutan dari manuskrip yang masih dalam pembangunan.

Monday, May 11, 2009

Thursday, May 07, 2009

Ikan kekek mak eloi eloi

Dua jam selepas aku mengambil gambarnya beginilah keadaannya.









Inilah Ikan KALOI peliharaanku yang sudah tiada lagi di dunia ini...

Sekarang akuarium kosong tiada berpenghuni.









Go Barca go...

Gol Andres Iniesta pada minit akhir perlawanan meranapkan terus impian Chelsea. Peter Cech tak mampu berbuat apa-apa. Gol minit akhir itu melenyapkan terus impian Chelsea dan meratap kerana Barcelona akhirnya menjadi lawan Manchester United pada perlawanan akhir liga juara-juara hujung bulan ini.
Barcelona akan bertemu penyandang juara, Manchester United di perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.

Wednesday, April 15, 2009

Sup Mangga





4 biji mangga muda
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
3 biji cili api
Kesemua bahan dikisar halus bersama 1 cawan air suam.
Tuang ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat JKKK Batu 10




11/4/09 Bertempat di Pejabat Penghulu, untuk pertama kalinya aku menghadiri mesyuaarat JKKK Batu 10. Aku menghantar 3 cadangan melalui surat. Aku tahu, bila dah ramai tentu kesuntukan masa dan aku tentu tidak berpeluang mengemukakan cadangan. Cadangan aku diterima dan dibaca. Terima kasih pengerusi.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, begitu dukacita kerana kerusi banyak yang tidak dipenuhi. Ramai yang tidak hadir. Ketua Kampung menganggarkan seramai 300 orang akan hadir. Tetapi hari itu cuma dalam 50 orang sahaja yang hadir. Kemana perginya ketua rumah agaknya ya?

Banyak perkara diterangkan terutamanya mengenai kawasan kampung dan aku gembira kerana Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil tanah-tanah Melayu di bawah Malay Reservations.

Namun, aku tidak kesempatan untuk mengemukan persoalan tentang tanah Melayu ini. Tanah milik keluarga aku sudah mencapai tempuh expired 99 tahun. Apa akan jadi dengan tanah berkenaan. Adakah Kerajaan akan menukar syarat adan menyambung hakmilik. Langsung tidak berpeluang hendak bertanya. Aku pula terlupa hendak masukkan ke dalam surat cadangan sebelumnya.

Mungkin, kalau ada mesyuarat akan datang, aku akan kemukankan pertanyaan ini.

Friday, February 27, 2009

Salam Perkenalan....

Kepada pengunjung blog ini, sila ke alamat www.zaraaluwi.com kerana blog ini adalah blog percubaan. Terima kasih.